Wednesday, April 8, 2009

Anda tahu atau tidak bahawa antara CARA PALING MUDAH untuk mencapai keuntungan luar biasa bagi produk anda adalah dengan menambah fungsi program AFFILIATE di dalam laman web jualan anda.

Jika anda seorang usahawan, peniaga, yang empunya syarikat atau tidak, ataupun anda mungkin berniaga dari rumah, adalah AMAT MERUGIKAN sekiranya anda tidak memasukkan program affiliate ini di laman-laman sesawang (website) atau blog anda untuk ditawarkan kepada pengguna–pengguna internet.

Pengguna-pengguna yang menjadi affiliate anda akan bertindak sebagai agen kepada anda dan sebagai affiliate, mereka akan diberi komisyen di atas setiap produk yang mereka jual.

Secara langsung mereka ini akan membantu memasarkan produk anda dan PERCAYA ATAU TIDAK bahawa anda telah menjimatkan beribu-ribu ringgit daripada dihabiskan untuk tujuan promosi dan PERCAYA ATAU TIDAK bahawa secara tidak langsung mereka inilah yang bekerja keras untuk memasarkan produk-produk milik anda!